Friday 27 January 2012

TERJAGA

Boleh dikatakan hampir setiap malam saya terjaga di tengah malam.



Tapi saya terlalu lemah.



Saya tak cukup kuat.



Saya tahu Allah bangunkan saya untuk tunaikan ibadah.



Tapi saya tinggalkan.



Saya sambung lena, dalam hiba.



Sebab saya tahu saya sebenarnya mampu.



Tapi kerana melayan rasa mengantuk, saya kalah.



Saya gagal lagi.



Saya nekad, hari esok saya akan cuba lagi.



Bukan untuk bangun sahaja.



Tapi juga untuk melaksanakan ibadah di waktu yang tiada seorang pun melihat saya.



Kecuali DIA.



ALLAHURABBI :')


Ya Allah, permudahkan hamba. Kuatkan lagi hamba untuk berhadapan dengan-Mu di tengah malam yang sunyi di waktu tiada seorang pun yang melihatku melainkan-Mu. Amin.

No comments: