Sunday 29 January 2012

DI MANA CUCU CICIT KETURUNANNYA? I'M LOOKING FOR THEM.

Pendahuluan


Lahir di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu pada 18 J. Awal 1284 bersamaan 17 Seprtember 1867. Bapanya berkebolehan sebagai tukang emas lalu Sultan memilihnya untuk mengukir Bunga Emas untuk  dihantar ke Siam kerana Kelantan ketika ini berada dibawah pengaruh Siam . Bapanya sendiri yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dan berdarah satria meluangkan masa untuk mendidik anaknya mengaji al Quran disamping guru-guru lain seperti Hj. Abdul Manan Atas Banggol. Ketika berumur 10 tahun beliau berjaya mengkhatam al Quran. Oleh keinginan yang tebal terhadap pendidikan agama sianak dihantar ke Pondok Haji Awang Gemok atau Haji Awang Alim (Haji Awang Muhammad Zain) atau dkenali juga tempat tersebut sebagai Surau Kemboja untuk mempelajari Bahasa Arab. Beliau meneruskan pengajian agamanya dengan Tuan Guru  Haji Ismail HajiMahmud Atas Banggol, Kota Bharu sehingga umurnya mencapai 18 tahun.
Kekeluargaan
Haji Omar mengambil keputusan mendirikan rumahtangga semasa 18 tahun (1885) dengan Che Aishah binti Abdullah. Beliau memilih pekerjaan untuk saraan keluarga dengan bekerja sebagai peniaga kain dari Singapura. Beliau berulang alik antara Singapura dan Kota Bharu.  Namun kepuasan terhadap ilmu belum tercapai lalu pada 1887 (1305H) dan secara kebetulan isterinya meninggal dunia pada 1304H beliau mengambil keputusan untuk  pergi mendalami ilmu ke Mekah.
Sekembali dari Mekah pada Rabu 18 Safar 1317H  dan pada 27 R. Awwal 1317 beliau sekali berkahwin dengan Khadijah binti Muhammad Taib. Beliau mendapat 3 orang iaitu Fatimah, Ibrahim (Imam Tumpat) dan Aishah. Oleh kerana isterinya meninggal, beliau berkahwin lagi dengan Cik Wook/ Aishah binti Yusuf dari Kubang Pasu, Kota Bharu pada malam Jumaat 15 R. Akhir 1325H. Perkahwinan kali dianugerahkan 6 orang anak iaitu Muhammad-ayah Abdullah Nakula, Haji Mahmod Sungai Keladi, Abdullah, Ahmad Fadhil, Mustafa dan Hafsah.
Pendidikan
Di Mekah beliau berguru selama 12 tahun dengan Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al Fatani, Haji Wan Ali Kutan, Tuan Abd. Mutalib Tuan Faqih Kota, Syeikh Ahmad bi As’ad al Dahhan, Syeikh Muhammad Khayyat, Syeikh Said Yamani , Syeikh Hasbullah, Syeikh Umar Bajunid, Syeikh Nik Mat Kecik al Fatani, Tok Senggora, Daud al Fatani dan lain-lain. Hasilnya beliau mahir dalam ilmu Falak, Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Balaghah dan Qiraat. Sezaman dan pernah bersahabat dengan tokoh Falak Pulau Pinang, Abdullah Pahim. Guru-guru Falak beliau semasa menuntut di Mekah ialah Syeikh Ahmad Khatib, Syeikh Muhammad bin Yusof al Khayyat dan Syeikh Abu Bakr Syatta.
Pekerjaan
Dari segi pekerjaan beliau mulai mengajar di Masjid Besar Kota Bharu pada hari Isnin 3 Zulkaedah 1322H dengan perintah Sultan Muhammad ke 4. Rekod kehadiran pelajar turut dicatit yang secara tidak langsung diketahui murid datang dari pelbagai negara  seperti Patani, Palembang, Pahang, Legor, Minangkabau, Jawa dan lain-lain.  Beliau mengajar tafsir, Hisab, kitab Iqna’, Minhaj al Abidin dan lain-lain. Pada hari Khamis 20 Syaaban 1331 beliau memilih untuk menetap di Kampung Sungai Keladi  dan mendirikan surau dan pondok serta melaksanakan pengajaran agama disana. Pada 7 R. Akhir 1335 bersamaan 30 Januari 1917 beliau dilantik sebagai pengarang dan penterjemah kitab di Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Karya beliau:  
1)     Al Durr al Naqiy fi makrifat al Arqam al Hindi (1909)
2)     Jalan Sejahtera (1917)
3)     Jambangan Melayu (1917)
4)     Pengenal Kesucian (1921)
5)     ‘Aqd al Falah (1922),
6)     Tazkirat al ‘Awwam (1923)
7)     Pelajaran membahagi pesaka (1923)
8)     Miftah al Ta’lim (1924) dan
9)     Shams al Fathiah (1926).
10)   Zahratul Waridiyah dan Terjemahan Tafsir al-Khazin (belum cetak)

Antara muridnya Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan, seorang ulama yang terkenal di Rembau Negeri Sembilan (1907-1997) yang pernah menghasilkan Taqwim Solat (1954)[7]. Di Melaka, Abdul Wahid bin Osman dari Sungai Udang pernah menjadi salah seorang murid Haji Umar Sg.Keladi.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang berjaya dan cemerlang di dalam peperiksaan, juga di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: