Sunday 29 January 2012

SEMUA INI BUKAN MILIKKU



Subhanallah, cantiknya pemandangan tempat tinggal saya (rujuk gambar di atas). Keluarga, sahabat, adik-beradik, masjid, tasik, landskap yang cantik, rumput-rumput, langit, bangunan, semuanya dah lebih dari cukup. Rezeki dan nikmat ini, semua milik-Nya. Saya cuma meminjamnya sebentar. Sebentar sahaja. Sementara nafas ini masih bersama saya, saya cuma meminjamnya. Masya-Allah, terlalu banyak yang perlu disyukuri. Terlalu banyak sampai terkadang saya leka sebentar. Leka kerana lemahnya saya. Kerana ceteknya iman saya. Seriously, nikmat Allah sangat banyak yang saya terima. Tapi rasa syukur terlalu sedikit yang saya rasai.



YA ALLAH, TERIMA KASIH.




Ya Allah, tingkatkan iman kami, juga rasa syukur kami pada-Mu di sepanjang jalan yang mendatang. Kuatkan iman kami, dan jadikan kami di kalangan hamba-hambaMu yang tahu bersyukur. Amin.

No comments: